nuffnang

Thursday, March 10, 2011

S.R.P

S . R . P
Sijil Rendah Pelajaran
uppsss
S . R . P
Skim Rumah Pertamaku
apa persamaan ye?
tiada.

**.............................................................**

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

•Pembiayaan sehingga 100%
•Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan

Peminjam/Pelanggan Yang Layak

•Warganegara Malaysia
•Pembeli rumah pertama
•Individu berumur sehingga 35 tahun
•Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
•Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
•Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat

Harta Yang Layak


•Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
•Nilai minimum hartanah RM100,000
•Nilai maksimum hartanah RM220,000
•Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

**................................................**
 
semua bersemangat mau membeli rumah
lebih2 lagi rumah pertama
aku juga MAHU
 
sila ukur di badan sendiri
jangan toleh badan orang
mereka gemuk
mereka kurus
sama ke dengan kamu?
 
mari belajar kira2
andaikan...
 
gross income : rm3K (ambik max)
nett income : rm 2650 (-yg wajib kwsp+socso)

[1/3 dari gross = rm1000]
 
mari cari
celah mana 1K ni duduk dalam income
 
[nett] rm2650 - [monthly tanggungan] = baki
 
pa&ma = min 300
saving = 300 (10%-saranan pakar kewangan)
bil tepon = (+-) 100
kereta = (+-) 500
loan blajar = (+-) 250
zakat = (+-) 10
tabung haji = (+-) 50
maintenance kereta + tol = (+-) 400
barang2 dapur = (+-) 200
sewa rumah = (+-) 200
 
TOTAL : RM 2,310
 
ini jumlah tidak termasuk tanggungan anak2
mahupun persalinan diri.
 
baki di bank
 
[2650] - [2310] = [340]
 
ok
sekarang cube cer ceter
bank mana yg nak approve loan
dgn statement cam gini
 
pikir2 kan dan selamat beramal

3 kritik??:

blossomvanilla said...

betul tu fiza....huuhuhu

Wan Faizal Shafi said...

kah kah kah, sedarlah sebelum tertipu!!!

iza...affa said...

blossomvanilla aka zaim: kan zaim kan, tuk swasta konon. ceh.

wan: lama dh pakai baju saiz sendiri. heheeee